-
Pastikan waktu mengulangkaji
anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir
dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam
sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini
bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1
jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu
malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.
-
Tahap konsentrasi atau tumpuan
belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama
1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.
Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda
mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang
5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda
sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda
ketahui sebelumnya.
-
Dalam satu sessi belajar,
pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang
selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan
semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau
peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan
sebagainya.
-
Jangan letakkan matlamat
membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu
diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu
menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan.
Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat
dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya,
matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih
munasabah dan boleh dicapai.
-
Sediakan jadual belajar atau
perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu
diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda
tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu
bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
-
Sediakan senarai tugas harian
("TO DO" lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu
apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan
dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah
disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey
"Put first things first".
-
Rekodkan progress anda pada
sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan
anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan
jayanya dalam senarai “to do” anda.
-
Ganjari diri anda setiap kali
anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda
senaraikan.
-
Gunakan
teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh
tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran
melayang.
-
Fokus sekurang-kurangnya 50%
daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu
proses memanggil semula maklumat.
-
Gunakan Kad Kecil untuk
memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas,
ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan
lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang
kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam
sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan
mengimbas Kad Kecil.
-
Tahukah anda sekiranya anda
belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya
belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana
perginya lagi 350 hari masa anda?