Membaca
adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan
maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang
buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan,
jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan
jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk
membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam
kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia
disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan
hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
Persediaan Sebelum
Membaca.
Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan
pelajar mampu membaca secara berkesan.
-
Pilih masa belajar yang
sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika
kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan
perut tidak terlalu kenyang. Wastu subuh adalah merupakan
waktu yang paling ideal untuk belajar.
-
Pilih suasana yang sesuai.
Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan
tersusun.
-
Pastikan kedudukan badan yang
betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari
mata.
-
Mulakan dengan bacaan
Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
Pelbagai Cara Membaca.
Terdapat tiga cara membaca
bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu
dilakukan.
-
Membaca
untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak
memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa
dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan
sebagainya.
-
Membaca
untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda
membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu
sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari
lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi
kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih
cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan
dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang
ada.
-
Membaca
secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda
membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan
sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang
betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan
menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan
tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula
memahami isi kandungan yang dibaca.
Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.
-
Melihat seimbas. Berikan
perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.
- Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika
ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.
- Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta,
radas,gambar dan sebagainya.
- Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan
dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
- Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul
dalam fikiran pada sehelai kertas.
-
Baca pendahuluan dan kemudian
baca bahagian kesimpulan / penutup.
-
Baca secara terperinci, ayat
demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap
penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
-
Jangan pindah perenggan selagi
anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan
rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar.
Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
-
Gariskan fakta-fakta penting.
Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.
-
'Highlight' setiap kata kunci.
-
Gunakan kod warna misalnya
warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan
sebagainya.
-
Yakinkan diri anda yang anda
mampu menguasai bahan yang dibaca.
-
Setelah habis satu perenggan,
tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula
apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil,
ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah
anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.
|