|
Setiap
pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan
suasana yang paling sesuai untuk belajar. Oleh itu, suasana
belajar yang berkesan hanya dapat ditentukan oleh pelajar itu
sendiri. Ikhlas pada diri anda. Tentukan sendiri suasana
bagaimana yang paling anda gemari. Misalnya, sekiranya anda
seorang pelajar yang gemarkan suasana yang ramai orang, maka
perpustakaan mungkin pilihan terbaik anda. Sekiranyanya pula,
anda rimas dengan keadaan tersebut pilihlah tempat yang sunyi,
yang agak terpencil dan jauh dari orang ramai. Jangan paksa
diri anda untuk bersetuju dengan suasana belajar orang lain.
Jangan ke perpustakaan hanya disebabkan semua rakan-rakan
belajar di sana. Anda mungkin ke perpustakaan hanya untuk
mencari bahan tetapi untuk belajar ia tidak semestinya disitu
juga.
Suasana
dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih membolehkan
anda belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang
positif dan tenang. Persekitaran sebegini membolehkan anda
memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan
yang dipelajari. Susun atur perabut dan kepekatan cahaya juga
turut mempengaruhi mood belajar anda. Oleh itu mulalah ubahsuai
bilik anda sekarang. Sekiranya anda tidak mempunyai bilik yang
berasingan maka memadailah sekiranya anda boleh dapatkan satu
ruangan atau sudut yang agak terpencil dan jauh dari gangguan.
Pasti ada ruangan dalam rumah anda yang boleh anda gunakan
sebagai tempat belajar anda. Elakkan dari belajar di dapur atau
di ruang tamu. Terlalu banyak gangguan dikedua-dua tempat ini
disamping menjadi laluan utama setiap penghuni rumah.
Untuk belajar, anda hanya
memerlukan satu kerusi, satu meja dan satu rak. Tidak
semestinya ia baru dan cantik yang penting anda tahu bagaimana
untuk menghias dan menyusunnya. Ubah susun atur kerusi dan meja
ini setiap tiga bulan. Mungkin pada awalnya meja menghadap
dinding dan selepas tiga bulan ubah pula ia menghadap tingkap.
Dengan cara ini anda dapat rasakan perubahan persekitaran yang
membuatkan anda rasa seronok untuk belajar. Begitu juga rak
buku anda, letakkannya di tepi, kemudiannya di depan atau di
belakang. Lakukan apa sahaja yang penting anda dapat rasakan
keinginan untuk belajar timbul dihati setelah anda mengubah
susun atur perabut ini. Sediakan juga satu ruangan pada
dinding, yang mudah anda lihat, untuk anda pamirkan senarai
tindakan anda (to do list), carta reputasi akademik anda,
senarai projek dan jadual perancangan jangka pendek serta jangka
panjang anda. Ada diantara pakar kemahiran belajar
yang berpendapat bahawa muzik boleh meningkatkan tumpuan dan
keseronokan belajar. Ini disebabkan ia berkait rapat dengan
fungsi otak kanan anda.
Sekiranya
anda seorang yang gemar mendengar radio ketika belajar, maka
hentikan tabiat buruk ini. Gantikannya dengan memainkan
lagu-lagu latar berbentuk instrumental. Untuk kesan yang
terbaik, muzik ini mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang
sederhana tinggi agar tidak mengganggu anda. Muzik yang paling
sesuai ialah instrumental klasik yang dimainkan oleh pemuzik
seperti Vivaldi, Bach, Bernstain dan lain-lain. Muzik ini
sangat sesuai kerana kebanyakannya menggunakan tempo 60 bit
seminit. Iaitu sama seperti kadar degupan jantung purata anda
ketika rehat.
|
Dengan
Muzik |
Tanpa
Muzik |
- Denyutan dan
tekanan darah menurun.
- Gelombang otak
perlahan.
- Otot-otot
rileks.
|
- Denyutan dan
tekanan darah meningkat.
- Gelombang otak
pantas.
- Otot-otot
tegang.
|
Gantungkan gambar-gambar
kejayaan anda (jika ada) atau sijil-sijil pencapaian anda di
ruangan bacaan tersebut. Gambar-gambar ini mungkin kejayaan
anda dalam sukan atau peraduan-peraduan tertentu. Ia akan
mengingatkan anda bahawa anda boleh berjaya dan boleh menjadi
juara dalam hidup anda. Gambar tersebut membuktikan yang anda
pernah melakukannya sebelum ini dan anda akan melakukannya pula
dalam bidang pelajaran.
Gantungkan juga
katajaya-katajaya yang memberikan anda rangsangan yang positif.
Anda mungkin mahu memetik kata-kata yang diperolehi dalam kursus
Motivasi Alihan Pelajar untuk dijadikan azimat penguat semangat.
|