-
Semak seimbas nota yang telah
diberikan oleh guru terdahulu sebelum
memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak
faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya
kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau
kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar
lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai
kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti
apa yang diajar.
-
Baca juga bahan yang bakal
diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami
keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa
yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung
tumpuan dan minat anda meningkat.
-
Cuba duduk di barisan depan
dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup
tingkap ketika guru mengajar.
-
Jangan alih mata anda dari
melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan
hitam/putih.
-
Tunjukkan minat yang
mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah
anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada
siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya
tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari
keseluruhan markah peperiksaan kelak.
-
Pasang telinga. Dengar dan
fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan
apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran
minda.
-
Catat setiap fakta penting
atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta
yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
-
Catat setiap perkara yang anda
tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam
fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina
soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
-
Gunakan buku khas untuk tujuan
catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.
Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.
Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan
kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan
yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah
memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK
TAHU.
-
Jangan hiraukan sebarang
gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap
usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
- Kajian menunjukkan bahawa
anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24
jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta
merta apabila guru keluar dari kelas