e-Majalah Laman-MAP
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.

 

[ Laman Utama ] [ Korporat ] [ Perkhidmatan ] [Forum Siber ] [ e-Majalah ] [  Pautan  ]

Meningkatkan Benteng Diri Anak
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

PERHATIAN:  Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.  Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami.  Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan.  Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.


Kenapa ia penting?

  • Agar tidak mudah terpengaruh

  • Dapat mengawal emosi

  • Dapat menerima kekalahan dan kegagalan

  • Mampu mengawal tahap kenakalan

Bagaimana caranya?

  1. Tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap pegangan agama seperti sembahyang tepat pada waktu, berpuasa dan sebagainya.

    Antara hikmah dalam amalan berpuasa ini ialah:

    -  Melatih diri dengan sikap sabar

    -  Menyelami perasaan mereka yang kurang bernasib baik

    -  Menundukkan nafsu

     

  2. Tingkatkan nilai-nilai murni dalam diri anak seperti sikap penyayang.

    -  Sayang pada diri sendiri

    -  Sayang pada keluarga

    -  Sayang pada masyarakat

    -  Sayang pada haiwan, alam sekitar dan harta benda awam

    -  Sayang pada agama, bangsa dan negara

     

  3. Tingkatkan motivasi diri anak

    -  Ajar anak mengenal dan membentuk matlamat

    -  Kenalpasti kebolehan dan kelebihan anak untuk disalurkan pada

       aktiviti yang mereka mampu cemerlang.

    -  Sentiasa ucapkan kata-kata positif pada anak

    -  Sentiasa cari kebaikan anak, kalau tak dapat, cari sampai dapat.

    -  Tidak lokek untuk memuji dan mengganjari

    -  Ajar anak agar berani berkata TIDAK dan berprinsip.

     

  4. Tanam perasaan syukur dalam diri anak

    -  Menghargai kekuatan diri dan meredhai kekurangan diri

    -  Bersederhana dalam semua perkara

    -  Merendah diri

    -  Berpuashati tetapi tidak pula berserah tanpa usaha

    -  Murah hati


     

  5. Latih anak agar beradap dan bersopan santun

    -  Memberi salam dan berjabat tangan

    -  Adab makan, doa, tunggu semua ada dimeja dan ingat orang

       kemudian

    -  Bahasa dalam percakapan, penggunaan NAMA atau SAYA

    -  Tidak menyampuk perbualan orang tua

    -  Tidak duduk sekali ketika ada tetamu.

    -  Dan sebagainya

     

  6. Tidak terlalu manjakan anak

    -  Terlalu bimbangkan anak hingga tiada ruang untuk mereka

       menunjukkan kebolehan diri

    -  Memberi setiap apa yang anak minta

    -  Percaya semua cakap anak tanpa usul periksa

    -  Tidak mahu anak merasa susah

    -  Memberi wang yang berlebihan dari keperluan

    -  Cepat melatah apabila orang lain tegur perangai anak

     

  7. Didik anak dengan prinsip-prinsip akauntabiliti

        -  Jujur dan ikhlas

        -  Bercakap benar

        -  Menepati janji

        -  Amanah

 


Hakcipta terpelihara  Tahun 1998 - 2003
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
172 A & B Jalan Gopeng, 31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA
Tel:  05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3133409
e-mel : webmaster@maptraining.com.my