|
Hampir
80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu
apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak,
sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana
mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk
mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa
matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.
Imagination is power than knowledge.
Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi
atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab,
impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan.
Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan
perjuangan ke arah kejayaan.
Sedarkah anda
begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah
mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab
kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang
tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu
tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak
buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor".
Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat
seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini
berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda.
Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda
tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk
melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
Selepas
ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.
- Apa
yang aku mahukan dalam hidup ini?
- Bila
aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
-
Kenapa aku mahukannya?
- Bagaimana
aku boleh mendapatkannya?
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas
terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya
matlamat.
Contoh matlamat:
Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila?
Tahun 1999
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.
Cakap tidak serupa
bikin.
Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh
memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan
anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang
doktor
dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu
persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar
nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih
untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera,
peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan
kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi,
pastikan susuli setiap perancangan dengan
tindakan...tindakan...tindakan...
|