|
Banyak
usaha telah dibuat oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan
penyalahgunaan dadah di negara ini. Berbillion-billion ringgit
di belanjakan bagi membendung penularan ketagihan dadah di
kalangan rakyat. Banyaknya pusat-pusat serenti didirikan bagi
pemulihan penagih-penagih dadah membuktikan keseriusan kerajaan
menangani masalah ini. Lembaga Dadah Kebangsaan dan Persatuan
Pemadam menjadi penggerak utama bagi memastikan penyalahgunaan
dadah dapat dibendung.
Namun, apa
yang kelihatan usaha-usaha yang dijalankan selama ini tidak
memberi kesan positif. Penagihan dadah terus tidak dapat
dibendung, malah penularannya makin meningkat hari demi hari.
Meskipun tangkapan dilakukan terhadap penagih-penagih dan
pengedar-pengedar dadah dan hukuman yang berat dikenakan, namun
hukuman-hukuman tersebut tidak menakutkan mereka.
Penyalahgunaan dadah bukan saja membahayakan kesihatan, ianya
boleh membawa ketagihan dan apabila ketagihan sudah sebati maka
si penagih akan membuat apa saja termasuk mencuri, merompak dan
sebagainya bagi mendapat dadah. Apabila sudah terlalu serius
maka penyakit Aids juga boleh dijangkiti di kalangan
penagih dadah ini.
Meskipun
pusat-pusat serenti di dirikan di merata tempat di negara ini
bagi tujuan pemulihan, namun kesannya amat mendukacitakan. Hanya
30% saja berjaya di pulihkan melalui pusat-pusat serenti ini.
Sekarang ini ada sejumlah 9,511 penagih di tempatkan di 24
pusat-pusat serenti di seluruh Malaysia, dan bilangannya makin
bertambah setiap bulan.
Kedapatan 109
penagih baru dikesan setiap hari di seluruh negara. Angka ini
amat menggerunkan. Menurut Naib Presiden Pemadam, Datuk Lee Lam
Thye, ini yang dapat dikesan, angka sebenarnya mungkin empat
kali ganda kerana kebanyakkan mereka ini masih belum dapat
dikenal pasti.
Dalam tempoh
6 bulan pertama tahun ini saja Lembaga Dadah Kebangsaan telah
mengesan sebanyak 19,659 penagih. Ini adalah peningkatan
sebanyak 1.77% dibandingkan dari tahun lepas. Daripada jumlah
itu 54.13% atau 10,649 adalah penagih baru.
| Rajah 1: Pecahan
Penagih Dadah Mengikut Negeri (Jan - Jun 1999) |
|
Negeri |
Jumlah Penagih |
Kuala
Lumpur
Johor
Kelantan
Pulau Pinang
Perak
Pahang
Selangor
Kedah
Terengganu
Negeri Sembilan
Sabah
Melaka
Perlis
Sarawak |
2,500
2,174
1,993
1,837
1,776
1,773
1,712
1,499
1,290
1,183
960
814
124
24 |
|
| |
Penyalahgunaan dadah di kawasan-kawasan bandar adalah sangat
membimbangkan. Bandaraya Kuala Lumpur menjadi juara apabila
seramai 2,500 penagih di tangkap dan di ikuti oleh Johor 2,174
kes. Daripada jumlah yang dikesan pada tahun ini penagih lelaki
mengatasi penagih wanita iaitu 19,407 lelaki dibanding seramai
252 penagih wanita.
Dadah jenis
heroin, masih lagi menjadi kegemaran utama
penagih-penagih di ikuti dengan morphine,ganja dan eastacy,
syabu, dadah yang di seludup dari Filipina menjadi masalah
besar di Sabah sementara ubat batuk menjadi kegemaran
penagih-penagih di Terengganu, Kelantan, Sabah dan Serawak.
76% daripada
penagih-penagih dadah ini adalah di kalangan yang berusia di
antara 13 hingga 40 tahun. Sementara yang melibatkan para
pelajar dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini ialah 144 orang.
“Ini adalah peratusan yang kecil dibandingkan dengan populasi
pelajar-pelajar seramai 5 juta orang di seluruh negara. Namun
ianya satu petanda yang kurang baik,” jelas Datuk Lee
seterusnya.
| Rajah 2: Penagih
Dadah Mengikut Umur (Jan-Jun 1999) |
|
Umur |
Jumlah |
|
20 - 24
25 - 29
30 - 34
35 - 39
40 - 44 |
4,438
4,425
3,557
2,607
1,593 |
|
Peningkatan
penagihan dadah ini amat mencemaskan. Daripada rajah yang
dipaparkan pembaca boleh bayangkan betapa seriusnya masalah ini
yang melanda negara kita.
| Rajah 3: Penagihan
Di kalangan Pelajar |
| Tahun |
Jumlah |
1999
(Jan - Jun)
1998
1999
2000 |
144
204
241
259 |
|
Apakah dengan
angka-angka ini yang nyata sekali menggambarkan peningkatan
penagihan dadah yang berterusan akan dapat mencapai matlamat
kerajaan untuk menghapuskan dadah di sekolah-sekolah pada tahun
2012 dan menjadikan Malaysia bebas daripada penagihan dadah pada
tahun 2023 akan tercapai? Apa yang kita nampak segala usaha yang
dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan NGO nampaknya tidak
mendatangkan kesan ke arah matlamat itu.
Dalam hal ini
masalah pokok ialah bukan penyalahgunaan atau ketagihan dadah,
yang menjadi tunjang masalah ialah “pengedaran dadah” yang
berleluasa yang masih belum dapat dibendung. Masalah dadah ini
bukan saja dihadapi oleh Malaysia tetapi sudah menjadi masalah
global. Rangkaian pengedarannya sangat licin dan sofistikated
dan menyeluruh ke serata dunia. Malaysia dikatakan menjadi salah
satu pusat transit pengedaran dadah ini yang diedarkan di
seluruh dunia.
Tugas-tugas
utama yang patut di tangani oleh kerajaan dan badan-badan NGO
ialah membanteras pengedar-pengedar ini. Semua pintu masuk ke
negara ini hendaklah dikawal ketat. Tanpa bekalan,
penagih-penagih dadah mungkin dapat dikurangkan. Usaha-usaha
lain seperti program-program pendidikan, penerangan tentang
bahayanya penyalah gunaan dadah hendaklah di perluaskan.
Institusi-institusi keluarga hendaklah dimantapkan di samping
menyerapkan pengetahuan dan nilai-nilai keagamaan.
Hukuman mati
saja nampaknya tidak mendatangkan kesan yang positif. Begitu
juga peranan pusat-pusat serenti yang kelihatan sudah menjadi
haru biru. Banyaknya kejadian pelatih-pelatih di pusat-pusat ini
merusuh, memberontak dan membuat kacau dalam pusat-pusat serenti
ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena di pusat-pusat itu.
Sudah banyak
kejadian seperti ini berlaku, kita tidak tahu sama ada dibuat
sebarang penyiasatan atau tidak bagi mengenal pasti kenapa
senario itu boleh berlaku? Ada di antara mereka memberitahu
bahawa pusat-pusat serenti menjadi tempat “penyiksaan” bukan
tempat pemulihan. Sama ada dakwaan ini betul atau tidak pihak
berkenaan sewajarnya memberi penjelasan.
Kita harapkan
pelatih-pelatih pusat serenti benar-benar terlatih dan menjadi
rakyat yang berguna kepada negara. Berita-berita mereka mendapat
bekalan dari segelintir kakitangan yang tidak bertanggungjawab
di situ hendaklah di tangani dengan segera tanpa bertolak ansur.
Sesungguhnya
beban kewangan yang di tanggung oleh kerajaan untuk
penagih-penagih dadah ini boleh di manfaatkan kepada
program-programlain yang lebih berfaedah bagi kepentingan dan
kesejahteraan rakyat ramai, membina rumah-rumah kos rendah
umpamanya.
|