|
1.
Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan
pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana
mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru
sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara
berikut:
a.
Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b.
Apa
kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?
c.
Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d.
Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
2.
Ganjaran.
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh
dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk
ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan
suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa.
Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah,
puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya.
Ganjaran bukan sahaja diberikan
terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha
yang diberikan.
Berikan insentif agar pelajar
berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar
bersaing antara satu sama lain.
Ganjaran luar yang berkesan ialah
yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.
3. Tetapkan
Matlamat. Setiap pelajar mestilah
disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang
diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar
mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
4. Ambil
Berat. Pelajar akan memberikan
tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang
diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari
menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau,
memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan
lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini
wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk
mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling
bertanggung jawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan
mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi
jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang
belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa
perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat
mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.
“Pelajar tidak prihatin sejauh
mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin
terhadap mereka”.
Ada ketikanya guru perlu bertemu
pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka
benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk
dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini
dengan semua pelajar.
5. Penglibatan
Pelajar. Salah satu kunci motivasi
diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran.
Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan
mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan.
Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti
perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar,
interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan
lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan
diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai
kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang
tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan
sebagainya.
6. Penuhi
Keperluan Pelajar. Guru mestilah
sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang,
kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan
peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk
disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka
terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti
pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang
sebarang ide.
7. Lebihkan
Pembelajaran Visual. Berikan
penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami
dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual,
gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan
gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa
kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara
satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini
membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu
topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan
pemahaman mereka.
8. Gunakan
pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan
tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan
lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan
pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar
apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak
akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan
pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang
mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak
penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan
datang.
Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah,
menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar
lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.
9. Ajarkan
Mereka Strategi Dan Teknik. Ajarkan
mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah
membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam
fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang
halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh
pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa
‘Kimia itu susah’.
10. Terima
Pelajar Seadanya. Ramai guru yang
berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka
semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka
tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar
begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan
sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa
mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara guru biasa
dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar
seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini.
Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru
akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana
guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.
Guru mesti sentiasa faham,
mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan
semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi
budaya, pemikiran dan tingkah laku.
Guru juga perlu berhati-hati
dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar
kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar.
Anda hanya ada dua cara untuk
membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang
guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling
dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini
pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda?
11. Berikan
Kata Perangsang – Cipta beberapa kata
jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi
kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim
dalam pemikiran pelajar.
12. Amalkan
Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’, ‘Fair’
dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan Mesra.
|