|
Mutiara Kata:
No one can possibly know everything. Listening to
others is the single best way to learn. Nobody is more
persuasive than a good listener. |
Menjadi pendengar yang baik
adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan.
Cuba perhatikan kehidupan seharian anda. Cuba perhatikan mereka
disekeliling anda. Anda akan dapati jumlah mereka yang
benar-benar menjadi pendengar yang baik adalah terlalu sedikit.
Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir
semuanya merupakan pendengar yang baik. Kerana tidak menjadi
pendengar yang baik, maka anak-anak anda bermasalah. Faktor ini
juga penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Anda juga
mungkin tidak begitu disenangi oleh mereka disekeliling anda
hanya kerana faktor yang sama.
Terdapat dua sebab utama kenapa
anda mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik.
Pertamanya anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui hanya
setelah anda sanggup mendengar. Kedua, manusia hanya
mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.
"I don't sit on top of a mountain and get
these visions of what we ought
to do, I have to find out from other people. I have to do a lot
of listening".
- Richard C. Buetow -
Director of Quality, Motorola Inc.
Mereka yang telah
berjaya seperti Buetow juga mengambil langkah untuk menjadi
pendengar yang baik bagi membentuk matlamat syarikatnya. Dia
tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya
unt uk
diam dan menjadi pendengar yang baik.
Berikut adalah
langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar
yang baik:
-
Dengar dengan
teliti apa yang sedang diperkatakan.
-
Berikan
perhatian sepenuhnya.
-
Berikan
'eye-contact'. Lihat tepat kedalam anak matanya.
-
Anggukkan
kepala sebagai tanda gerakbalas anda.
-
Ikuti
perbualannya dengan berkata, "ya.... ya.. aha".
-
Cuba selami
perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
-
Ubah mimik
muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan.
Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda
terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
-
Elakkan dari
mengkritik.
-
Jangan
menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
-
Susuli dengan
soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya
dengan penuh minat.
-
Ulangi apa
yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk
memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
Anda perlu
mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia
mula menjadi tabiat baru anda. Perhatikan bagaimana mereka
disekeling anda mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu
meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu
lebih berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman
karibnya. Orang bawahan anda mula menghormati anda sebagai
ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar
yang baik.
|