Laman Utama

   Korporat

   Khidmat

      ▪ Daftar

   Forum

      ▪ Pelajar

      ▪ Keluarga

      ▪ Umum

   e-Majalah

      ▪ Motivasi

      ▪ Pembelajaran

      ▪ Keibubapaan

      ▪ Tazkirah

      ▪ Umum

   Pautan

   FREE Download

   Buku Tetamu

 

In Association with Amazon.com

 

 

 

Jawapan


 

Manusia bukannya malas tetapi mereka tidak punya matlamat hidup yang jelas.  Manusia dijadikan oleh Allah sebaik-baik kejadian, pasti ada sebab sifat malas itu dikurniakan Allah ke dalam diri manusia.   Positif atau negatif sesuatu sifat itu bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya.  Kalau nak belajar tapi malas, nak beribadah tapi malas pastilah MALAS itu dianggap sebagai negatif.  Tapi bagaimana pula apabila kawan ajak kita berchit-chat di internet tapi malas?  Kawan ajak kita melepak tapi kita malas?  Pastinya malas telah diletakkan pada tempat yang betul.  Ada ketikanya malas juga terdorong oleh rasa putus harapan.  Sebagai pelajar anda pasti malas untuk beri tumpuan dalam kelas, malas membuat kerja sekolah dan malas mengulangkaji apabila anda rasakan diri anda tidak berkemampuan dan tidak mungkin menguasai setiap mata pelajaran itu. Lebih-lebih lagi apabila anda dapati terlalu banyak yang ketinggalan.

Sikap rajin bukanlah sesuatu yang boleh terbentuk sekelip mata. Ada pelbagai faktor yang menjadikan seseorang pelajar itu malas. tetapi faktor yang utama ialah tidak benar-benar menyedari kepentingan pelajaran dan tidak bersungguh-sungguh membentuk matlamat. Mulai hari ini cuba pastikan dengan tepat dan jelas matlamat anda. Begitu juga tentang masa belajar. Untuk membentuk tabiat suka membaca dan suka belajar, cuba luangkan masa yang pendek untuk satu-satu sessi tetapi kerap. Luangkan mungkin sekadar 30-45 minit dahulu tetapi mungkin 4 kali sehari. Lama kelamaan tabiat suka belajar akan terbentuk perlahan-lahan.

Anda perlu mula menetapkan sungguh-sungguh matlamat hidup anda.  Siapa anda 5 tahun dari sekarang.  Aturkan perancangan.  Sekiranya anda dah banyak ketinggalan, lakukan yang terbaik dan termampu dalam ruang masa yang masih ada.  Sekurang-kurangnya memperolehi sedikit pencapaian itu jauh lebih baik dari tiada pencapaian langsung.

 


Hakcipta Terpelihara © 98, 99, 2000, MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd
Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada webmaster

drasmadi@maptraining.com.my