|
Sebelum itu anda
perlu benar-benar yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Kalau
seseorang itu mendapat Gred 3 dalam SPMnya, itu bukanlah bermakna dia
telah gagal. Tetapi sebaliknya itulah HASIL dari usahanya selama
ini. Kalau dia berusaha untuk mendapat Gred 1, seperti mana usaha
mereka yang berjaya sebelum ini, maka pastilah Gred 1 juga yang akan
diperolehi. Sesungguhnya kita tidak mendapat sesuatu lebih
daripada apa yang kita usahakan. Kalau kita berusaha sekadar untuk
mendapat secupak beras, maka secupaklah hasilnya kelak.
Oleh itu anda tidak
perlu takut terhadap apa hasil yang bakal diperolehi sebab HASIL
sebenarnya bergantung kepada usaha. Apa yang perlu anda takut
ialah, takut kalau tidak belajar sungguh-sungguh, takut kalau tidak
mengulangkaji semua mata pelajaran, takut kalau tidak menjawab
soalan-soalan tahun-tahun lepas, takut kalau badan tidak cukup sihat dan
mata tidak cukup tidur untuk menghadapi pelajaran dan seterusnya
peperiksaan.
|