|
Semangat bukannya
boleh dipaksa-paksa. Ia terbit dari hati hanya setelah adanya minat
belajar dan kesungguhan untuk menjauhkan diri dari sekadar berpuashati
menjadi budak kilang, tukang kebun atau sebagainya. Kalau anda tidak
mahu diri anda susah, anda pasti akan perjuangkan nasib anda bermula
dari sekarang. Kalau anda memang mahukan keseronokan yang berbentuk
sementara semata, silakanlah berhibur sekarang, berkaroeke siang malam,
lepak dulu, TV dulu, sembang-sembang dulu main dulu. Bila besar nanti
yang anda tahu hanya ... penyesalan!!!! Siapa salah?? diri sendiri.
Nanti suatu hari anda akan lihat sendiri, kawan anda yang sama-sama
sekolah...wahhh!!! dah berkereta mewah hari ini... jurutera rupanya dia.
Jiran anda sebelah rumah...makk aaaiii... dah bergelar Doktor dia
rupanya. Sepupu anda yang sama-sama belajar .. amboiii bukan main makin
manisnya.. dah jadi lawyer... patut lerr..!!
Tapi bagaimana anda??
Lihat, itulah akibatnya kerana terlalu berkira-kira nak buat kerja
sekolah. Terlalu berkira-kira nak buat ulangkaji... bosanlah, malaslah,
nanti dulu lah... tapi masa tetap berjalan. Sikap suka bertangguh, buang
masa dan berpuas hati dengan apa yang ada adalah musuh kejayaan. Tengok anda buang masa lagi...
tunggu agar bersemangat baru nak belajar...
Pelajar cemerlang ialah
pelajar yang mempunyai KOMITMEN yang tinggi terhadap tugas-tugasnya
sebagai seorang pelajar. BUKANNYA yang mempunyai SEMANGAT tinggi.
Betulkan minda anda dari sekarang..
|