Laman Utama

   Korporat

   Khidmat

      ▪ Daftar

   Forum

      ▪ Pelajar

      ▪ Keluarga

      ▪ Umum

   e-Majalah

      ▪ Motivasi

      ▪ Pembelajaran

      ▪ Keibubapaan

      ▪ Tazkirah

      ▪ Umum

   Pautan

   FREE Download

   Buku Tetamu

 

In Association with Amazon.com

 

 

 

Jawapan


 

Bahasa Inggeris juga seperti bahasa-bahasa yang lain.  Ia memerlukan minat yang mendalam serta banyak latihan.  Minat pula hanya akan mula timbul apabila kita lihat yang diri kita ada potensi untuk terus maju ke depan. Oleh itu, sekiranya anda memang lemah dalam BI, cuba jangan membaca terlalu banyak dalam satu-satu masa. Baca sedikit-sedikit, fahami struktur ayatnya, fahami maknanya. Kemudian cuba pula bina ayat sendiri dari perkataan-perkataan yang dibina ini. Cuba bercakap dengan kawan-kawan (walaupun banyak kesilapan) menggunakan perkataan-perkataan baru ini. Dengan cara ini anda akan dapati bahawa diri anda memang ada potensi untuk berkembang. Minat mula timbul. Lambat laun anda pasti menguasai BI tersebut

Caranya ialah adakan juga 'discussion group' yang melibatkan komunikasi hanya dalam BI. Dengar cara ini kita dan rakan-rakan tidak ada pilihan lain selain daripada terpaksa bercakap dalam BI sepanjang tempoh perbincangan. Pastikan anda terlibat secara aktif. Setiap sessi perbincangan, aturkan agar sentiasa ada yang memberikan 'presentation' atas topik-topik yang telah dipersetujui semua. Seminggu dua kali sudah memadai. Dan apabila kita bertemu diluar dengan ahli kumpulan kita, turut gunakan BI juga. Faktor ibubapa memang penting tetapi tidak semua ibu bapa itu cemerlang. Jadi jangan jadikan itu sebagai alasan pula untuk kita tidak mampu cemerlang. Hendak seribu daya

 


Hakcipta Terpelihara © 98, 99, 2000, MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd
Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada webmaster

drasmadi@maptraining.com.my