|
Kebanyakan pelajar takut atau malu untuk bertanya disebabkan mereka
merasakan bahawa bertanya itu akan membongkar kelemahan diri
sendiri. Mereka menggambarkan bagaimana nanti kalau-kalau
diketawakan, diejek, dikritik dan sebagainya. Perasaan itu wujud
mungkin kerana pernah anda sememangnya pernah mempunyai pengalaman buruk
sebelumnya atau melihat sendiri pengalaman rakan-rakan lain.
Akibatnya anda pendamkan sahaja perkara yang anda tidak faham atau ingin
tahu, dan seterusnya mententeramkan diri anda sendiri bahawa ia tidak
begitu penting. Sikap dan cara fikir yang mundur begini perlu
dikikis sekiranya anda mahu berjaya.
Untuk melatih diri anda
berani bertanya cuba baca dahulu tajuk yang bakal diajar oleh guru
sebelum kelas bermula. Fikirkan soalan-soalan yang boleh anda
tanya dalam kelas nanti. Beranikan diri untuk bertanya kali
pertama... kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Selepas kali pertama ini pastinya anda akan berani untuk bertanya lagi
dilain kali.
Ada beberapa faktor
penyebab anda perlu bertanya pada guru:
- Sebab tidak faham
atau kurang jelas tentang apa yang diajar.
- Sebab mahukan
maklumat tambahan.
- Sebab mahukan
kepastian bahawa pemahaman anda betul.
- Sebab mahukan
penglibatan berterusan bagi mengekalkan tumpuan dan minat kepada
guru.
|