|
Jumlah jam yang perlu anda berikan untuk
belajar bergantung kepada jumlah bahan yang perlu diulangkaji dan tahap
pencapaian anda. Kalau diawal tahun, bahan yang dipelajari
hanya sedikit. Maka 1 - 2 jam sehari belajar sudah memadai.
Apabila semakin hampir ke hujung tahun, anda perlu tingkatkan masa
belajar anda bagi memastikan semua matapelajaran dapat dikuasai.
Jumlah masa belajar juga bergantung kepada tahap pencapaian anda.
Sekiranya anda seorang pelajar yang 'IQ genius', cepat menangkap sesuatu
perkara, maka masa belajar yang pendek sudah memadai. Sebaliknya,
kalau anda agak lemah, sukar memahami, lambat mengingat, maka anda
memerlukan masa yang lebih panjang bagi menguasai jumlah bahan yang
serupa.
Umumnya, sebagai seorang pelajar anda
perlu mengulangkaji 3 - 4 jam (minimum) dalam sehari. Anda tidak perlu
mencari masa secara 3 atau 4 jam terus. Yang penting asalkan setiap hari
anda luangkan masa sebanyak itu. Misalnya anda belajar 1 jam diwaktu
pagi, satu setengah jam diwaktu petang dan satu setengah jam lagi
diwaktu malam. Ini menjadikan anda belajar 4 jam dalam sehari. Berikan
setiap sessi untuk satu mata pelajaran. Kalau anda belajar 3 jam terus
sekalipun, cuba agih-agihkannya kepada 2 atau 3 mata pelajaran. Ini
untuk menjauhkan anda dari merasa bosan atau jemu. Oh yer! jangan lupa
rehat seketika (5-10 minit) sebelum memulakan pelajaran yang baru.
|