|


|
|
|
|
|
|
|
Jawapan |
|
|
Matematik adalah diantara matapelajaran yang ditakuti oleh ramai
pelajar. Tetapi untuk cemerlang dalam matematik tidaklah sesukar yang
disangkakan. Pertama sekali, anda kena pastikan bahawa anda benar-benar
memahami bahasa matematik itu sendiri. Ramai pelajar yang tidak memahami
bahasa matematik dan akibatnya mereka tidak faham kehendak soalan. Yang
keduanya pula, anda mestilah memahami setiap konsep matematik. Konsep
ini biasanya disampaikan dalam bahagian pendahuluan setiap bab/tajuk
(iaitu sebelum diikuti dengan contoh-contoh penyelesaian). Pastikan
setiap ayat dan perenggan difahami dengan baik. Kemudian setelah konsep
difahami, cuba fahami pula bagaimana soalan-soalan contoh diselesaikan.
Cuba selesaikan soalan contoh ini tanpa merujuk kepada buku. Setelah
berjaya menyelesaikan soalan contoh, cuba jawab soalan-soalan matematik
yang mudah dahulu untuk mendapatkan keyakinan. Yang terakhir barulah
sedikit demi sedikit mencuba soalan-soalan yang lebih mencabar. Untuk
memahirkan diri, anda perlu banyak buat latih tubi. Insya Allah
sekiranya anda mulakan latihan ini dari sekarang, anda akan mendapat
keputusan yang cemerlang.
|
|
|
|
|