|
Buntu adalah
masalah yang sering dihadapi oleh pelajar. Apa yang ditakuti ialah
jika anda buntu ketika menghadapi peperiksaan penting. Anda
sebenarnya bukanlah buntu. Tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk
menyelongkar maklumat yang ada dalam kotak fikiran anda.
Cara yang paling
berkesan untuk mencari maklumat dalam minda ialah dengan menguja
soalan-soalan kepada minda. Dengan adanya soalan, minda anda lebih
mudah berfungsi. Mulakan soalan-soalan dengan tujuh perkataan asas
iaitu Apa? Siapa? Kenapa? Bila? Dimana? Berapa? Bagaimana?
Setiap satu perkataan ini boleh dipelbagaikan untuk mendapat lebih banya
soalan. Misalnya Apa definisi? Apa kesannya? Apa contoh-contoh?
dan sebagainya.
Dengan adanya soalan
anda mula memikirkan jawapan. Jawapan itu nanti merupakan isi-isi
untuk memulakan esei anda.
|