|

Taklimat awal
diberikan kepada peserta
program tentang perjalanan kursus.

Pelatih diberi
minuman herba tradisional
yang dirumus khas. Selepas itu
mereka dimandikan.

Pelatih dikerah agar
mengeluarkan
peluh melalui senaman ringan.

Setiap pelatih akan
diberikan urutan badan
bagi membetulkan kembali urat saraf,
melancarkan perjalanan darah dan
pernafasan mereka.

Pelatih yang keletihan
diberikan waktu untuk berehat sebelum memulakan program seterusnya.

Kuliah agama dan pengisian
ruhani
sangat dititikberatkan. Tanpa kefahaman
Islam yang mantap bagaimana mereka
mampu kembali ke pangkuan masyarakat?

Pelatih diberikan kaunseling
serta motivasi sebagai langkah membentengi diri mereka dari terus
terlibat dengan dadah selepas keluar dari program pemulihan ini..
|

Rawatan dan pemulihan penagih dadah
adalah merupakan salah satu daripada aktiviti utama syarikat. Ini seiring dengan saranan kerajaan
agar lebih banyak usaha dijalankan oleh pihak swasta bagi membantu memulihkan
masalah penagihan najis dadah ini. PPDP MAP Training telah mendapat Sijil
& Permit daripada pihak Agensi Dadah
Kebangsaan (ADK) iaitu ADK 30/12/Jld.2
(033/2000).
Kadar kejayaan kami juga cukup tinggi iaitu
lebih dari 70% - 80% pelatih kami dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa
walaupun diberi rawatan yang cukup singkat.
Hari ini pelbagai ubat-ubatan telah
ditemui untuk menghilangan rasa gian atau ketagihan terhadap dadah. Malah ada
pihak yang mencanangkan bahawa mereka boleh memulihkan penagih dalam masa 24
jam. Masalah penagih sebenarnya lebih daripada sekadar gian. Ramai yang tidak
lagi gian tetapi tetap menagih semula. Mereka sebenarnya memerlukan rawatan
yang merangkumi aspek mental, ruhani dan jasmani. Disinilah kepakaran kami
sangat-sangat diperlukan. Malah hasil yang telah kami perolehi juga amat
menakjubkan dan boleh dibanggakan.

Program Rawatan dan Pemulihan Penagih Dadah ini
dijalankan atas kesedaran begitu ramai sekali anak bangsa yang terjerumus ke
gejala penagihan ini. Malah ada lapuran yang menyebut bahawa bilangan
penagih baru meningkat setiap 5 minit di Malaysia ini. Sekiranya maklumat
yang dilapurkan ini tepat maka ia pastinya suatu yang perlu dibimbangi oleh
semua pihak. Hari ini, dadah tidak mengenal usia, darjat, keturunan,
bangsa dan agama. Hari ini anak orang esok lusa mungkin anak kita.
Objektif utama program ini ialah untuk:
- Membantu memulihkan mereka yang kini terlibat
dalam penagihan dadah.
- Menyahut seruan kerajaan agar lebih banyak
institusi pemulihan swasta yang diwujudkan.
- Memberikan kesedaran kepada penagih dan
mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
- Melahirkan generasi melayu Islam yang
cemerlang, berdisiplin dan berkomitmen tinggi.
- Membentuk semula sikap, akhlak, peribadi dan
melahirkan generasi yang lebih progresif dan produktif.

- Pelatih dapat pulih seperti sedia kala tanpa
perlu menjalani rawatan yang panjang. Tempoh yang pendek ini cukup
digemari oleh mereka yang sedang bekerja dan tidak mampu mengambil cuti yang
terlalu panjang.
- Pelatih akan dilayan seperti manusia biasa.
Di sini kami tidak membezakan antara seorang individu dengan individu
yang lain.
- Pelatih memperolehi kekuatan minda, jasmani
dan ruhani. Seterusnya mampu mengharungi kehidupan seharian seperti
manusia biasa.
- Pemantapan Islam bakal melahirkan kesedaran
dan keinsafan yang mendalam dalam diri pelatih.
- Membimbing pelatih menghayati erti Iman. Islam dan
Ihsan.

Di MAP Training kami memulihkan
penagih dadah menggunakan pendekatan yang menggabungkan perubatan tradisional,
perawatan Islam dan psikologi moden. Kalau diperhatikan setiap penagih dadah
menghadapi tiga masalah utama iaitu
Ketiga-tiga aspek ini perlu dirawat
sekiranya penagih mahu benar-benar dipulihkan. Kegagalan memulihkan salah satu
dari aspek inilah penyebab utama kenapa begitu ramai penagih yang menagih semula
walau pun bertahun-tahun duduk di pusat rawatan lain. Malah kajian di pusat
serenti sendiri membuktikan lebih daripada 70% penagih yang keluar dari serenti
kembali menagih semula.
Rawatan Jasmani : Untuk
menghilangkan rasa gian dan ketagihan pelatih akan diberi minum campuran herba
tradisional yang dirumus khas untuk membuang keracunan dadah. Pelatih
seterusnya dimandikan dan diberikan urutan badan. Urutan badan perlu untuk
membetulkan semula urat saraf, melancarkan perjalanan darah, membuang
angin-angin dalam badan dan menguatkan kembali otot-otot
badan.
Rawatan Ruhani : Pelatih perlu
diajar kembali tentang hakikat hidup sebagai seorang Islam dan tujuan dijadikan
khalifah di bumi Allah ini. Pelatih terlebih dahulu perlu disyahadahkan kembali
sebab sepanjang tempoh penagihan entah berapa puluh kali syadatain mereka batal,
sama ada secara sedar atau tidak. Disamping itu pelatih juga diberikan
zikir-zikir khusus untuk menguatkan hati dan mentauhidkan Allah s.w.t dengan
sungguh-sungguh.
Rawatan Minda : Salah satu
perkara yang paling sukar dirawat ialah perasaan rindu dan ingatan yang begitu
mencengkam terhadap dadah. Tetapi Alhamdulillah dengan pendekatan PELAZIMAN
MINDA kami mampu untuk membaikpulih ingatan penagih agar sebarang ingatan tidak
lagi menjadi penyebab untuk mereka kembali menagih. Kaedah ini telah terbukti
berkesan dan ratusan penagih telah berjaya dipulihkan.

Kos rawatan ialah
RM2950/- untuk rawatan selama 14 - 21 hari. Pelaburan ini
termasuk:
- Minuman Herba.
- Tempat tinggal.
- Makan-minum.
- Kos pemulihan.
- Khidmat profesional.
- Kaunseling susulan.
- Urutan badan.
- Dan lain-lain.
Mungkin anda merasakan kos ini tinggi,
tetapi dengan kepakaran yang ada kepada kami sehingga mampu memulihkan penagih
dalam masa 14 hari adalah cukup luarbiasa. Malah sekiranya anda membiarkan
mereka terus menagih, kos perbelanjaan dadah mereka dalam masa beberapa bulan
sahaja melebihi pelaburan yang perlu anda lakukan dengan
kami.
Fikirkanlah!!! Duit boleh dicari tetapi
sekali terlibat dengan dadah seluruh kehidupan hancur binasa. Kami sedia
membantu anda.

Rawatan kami mengambil masa
hanya 14 - 21 hari dan terhad kepada 5 pelatih
sahaja setiap minggu.
 Maklumat lanjut tentang
kursus bolehlah didapati dengan menghubungi alamat dan talian dibawah:
Ibu pejabat Ipoh:
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
No. 55-57 Hala Rapat Baru 27
Medan Lapangan Mulia
31300 Ipoh
Tel. : 05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3133409
Cawangan Kuala Lumpur:
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
Tingkat 2 Wisma Belia
No. 40 Jalan Syed Putra
54600 Kuala Lumpur.
Tel. : 03 - 22734622, 22730622, 016-5555021
|