Objektif | Faedah | Pelaburan anda | Tempoh kursus | Konsep rawatan
Maklumat lanjut | Daftar kursus


 
Taklimat awal diberikan kepada peserta
program tentang perjalanan kursus.


Pelatih diberi minuman herba tradisional
yang dirumus khas.  Selepas itu
mereka dimandikan.


Pelatih dikerah agar mengeluarkan
peluh melalui senaman ringan.

 

 


Setiap pelatih akan diberikan urutan badan
bagi membetulkan kembali urat saraf,
melancarkan perjalanan darah dan
pernafasan mereka.

 


Pelatih yang keletihan diberikan waktu untuk berehat sebelum memulakan program seterusnya.

 


Kuliah agama dan pengisian ruhani
sangat dititikberatkan.  Tanpa kefahaman
Islam yang mantap bagaimana mereka
mampu kembali ke pangkuan masyarakat?

 

 

 

 

 

 


Pelatih diberikan kaunseling serta motivasi sebagai langkah membentengi diri mereka dari terus terlibat dengan dadah selepas keluar dari program pemulihan ini..

 

Rawatan dan pemulihan penagih dadah adalah merupakan aktiviti utama syarikat.  Ini seiring dengan saranan kerajaan agar lebih banyak usaha dijalankan oleh pihak swasta bagi membantu memulihkan masalah penagihan najis dadah ini.  Kadar kejayaan kami juga cukup tinggi iaitu lebih dari 80% pelatih kami dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa walaupun diberi rawatan yang cukup singkat. 

Hari ini pelbagai ubat-ubatan telah ditemui untuk menghilangan rasa gian atau ketagihan terhadap dadah.  Malah ada pihak yang mencanangkan bahawa mereka boleh memulihkan penagih dalam masa 24 jam.  Masalah penagih sebenarnya lebih daripada sekadar gian.  Ramai yang tidak lagi gian tetapi tetap menagih semula.  Mereka sebenarnya memerlukan rawatan yang merangkumi aspek mental, ruhani dan jasmani. Disinilah kepakaran kami sangat-sangat diperlukan.   Malah hasil yang telah kami perolehi juga amat menakjubkan dan boleh dibanggakan.

 

Program Rawatan dan Pemulihan Penagih Dadah ini dijalankan atas kesedaran begitu ramai sekali anak bangsa yang terjerumus ke gejala penagihan ini.  Malah ada lapuran yang menyebut bahawa bilangan penagih baru meningkat setiap 5 minit di Malaysia ini.  Sekiranya maklumat yang dilapurkan ini tepat maka ia pastinya suatu yang perlu dibimbangi oleh semua pihak.  Hari ini, dadah tidak mengenal usia, darjat, keturunan, bangsa dan agama.  Hari ini anak orang esok lusa mungkin anak kita. 

Objektif utama program ini ialah untuk:

  • Membantu memulihkan mereka yang kini terlibat dalam penagihan dadah.
  • Menyahut seruan kerajaan agar lebih banyak institusi pemulihan swasta yang diwujudkan.
  • Memberikan kesedaran kepada penagih dan mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
  • Melahirkan generasi melayu Islam yang cemerlang, berdisiplin dan berkomitmen tinggi.
  • Membentuk semula sikap, akhlak, peribadi dan melahirkan generasi yang lebih progresif dan produktif.

.

  • Pelatih dapat pulih seperti sedia kala tanpa perlu menjalani rawatan yang panjang.  Tempoh yang pendek ini cukup digemari oleh mereka yang sedang bekerja dan tidak mampu mengambil cuti yang terlalu panjang.
  • Pelatih akan dilayan seperti manusia biasa.  Di sini kami tidak membezakan antara seorang individu dengan  individu yang lain.
  • Pelatih memperolehi kekuatan minda, jasmani dan ruhani.  Seterusnya mampu mengharungi kehidupan seharian seperti manusia biasa.
  • Pemantapan Islam bakal melahirkan kesedaran dan keinsafan yang mendalam dalam diri pelatih.
  • Membimbing pelatih menghayati erti Iman. Islam dan Ihsan.

 

Di MAP Training kami memulihkan penagih dadah menggunakan pendekatan yang menggabungkan perubatan tradisional, perawatan Islam dan psikologi moden.  Kalau diperhatikan setiap penagih dadah menghadapi tiga masalah utama iaitu

  • Sakit jasmani seperti gian, urat saraf yang rosak, perjalanan darah yang tidak lancar.

  • Sakit ruhani kurangnya kesedaran agama atau iman.  Malah tidak mustahil ramai diantara penagih yang telah bertahun-tahun tidak solat dan berpuasa.

  • Masalah minda atau ingatan terhadap dadah yang sukar dikikis.

Ketiga-tiga aspek ini perlu dirawat sekiranya penagih mahu benar-benar dipulihkan.  Kegagalan memulihkan salah satu dari aspek inilah penyebab utama kenapa begitu ramai penagih yang menagih semula walau pun bertahun-tahun duduk di pusat rawatan lain.  Malah kajian di pusat serenti sendiri membuktikan lebih daripada 70% penagih yang keluar dari serenti kembali menagih semula.

Rawatan Jasmani  : Untuk menghilangkan rasa gian dan ketagihan pelatih akan diberi minum campuran herba tradisional yang dirumus khas untuk membuang keracunan dadah.  Pelatih seterusnya dimandikan dan diberikan urutan badan.  Urutan badan perlu untuk membetulkan semula urat saraf, melancarkan perjalanan darah, membuang angin-angin dalam badan dan menguatkan kembali otot-otot badan.

Rawatan Ruhani  :  Pelatih perlu diajar kembali tentang hakikat hidup sebagai seorang Islam dan tujuan dijadikan khalifah di bumi Allah ini.  Pelatih terlebih dahulu perlu disyahadahkan kembali sebab sepanjang tempoh penagihan entah berapa puluh kali syadatain mereka batal, sama ada secara sedar atau tidak.  Disamping itu pelatih juga diberikan zikir-zikir khusus untuk menguatkan hati dan mentauhidkan Allah s.w.t dengan sungguh-sungguh.

Rawatan Minda  : Salah satu perkara yang paling sukar dirawat ialah perasaan rindu dan ingatan yang begitu mencengkam terhadap dadah.  Tetapi Alhamdulillah dengan pendekatan PELAZIMAN MINDA kami mampu untuk membaikpulih ingatan penagih agar sebarang ingatan tidak lagi menjadi penyebab untuk mereka kembali menagih.  Kaedah ini telah terbukti berkesan dan ratusan penagih telah berjaya dipulihkan.

 

Kos rawatan ialah RM2950/- untuk rawatan selama 14 - 21 hari.  Pelaburan ini termasuk:

  • Ubat-ubatan.
  • Tempat tinggal.
  • Makan-minum.
  • Kos pemulihan.
  • Khidmat profesional.
  • Kaunseling susulan.
  • Urutan badan.
  • Dan lain-lain.

Mungkin anda merasakan kos ini tinggi, tetapi dengan kepakaran yang ada kepada kami sehingga mampu memulihkan penagih dalam masa 14 hari adalah cukup luarbiasa.  Malah sekiranya anda membiarkan mereka terus menagih, kos perbelanjaan dadah mereka dalam masa beberapa bulan sahaja melebihi pelaburan yang perlu anda lakukan dengan kami.

Fikirkanlah!!! Duit boleh dicari tetapi sekali terlibat dengan dadah seluruh kehidupan hancur binasa.  Kami sedia membantu anda.

 

Rawatan kami mengambil masa hanya 14 - 21 hari dan terhad kepada 5 pelatih sahaja setiap minggu.

 

Maklumat lanjut tentang kursus bolehlah didapati dengan menghubungi alamat dan talian dibawah:

Ibu pejabat Ipoh:
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
172 A & B Jalan Gopeng
31350 Ipoh, Perak D. Ridzuan
Tel. : 05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3101111

Cawangan Kuala Lumpur:
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
Tingkat bawah Wisma Belia
No. 40 Jalan Syed Putra
54600 Kuala Lumpur.
Tel. : 03 - 22734622, 22730622
Fax : 03 - 22730622