|

Para pelajar tiba
dilokasi kembara.
Berehat-rehat sementara menunggu
pembahagian kumpulan.

Wakil kumpulan pelajar mempersembahkan
nama, logo dan moto kumpulan masing-masing

Solat berjemaah disiang hari dan berqiamullail
dimalam hari bagi memantapkan
tahap kerohanian
diri. Cinta dan patuh pada Allah s.w.t
adalah sifat mukmin
sejati

Senaman pagi selepas kuliah subuh....badan
yang sihat pasti melahirkan minda
yang cergas. Sesungguhnya Allah suka akan mukmin yang
kuat. Kuat dari segi
tubuhbadan, ilmu,
harta dan permuafakatan.

Taklimat awal oleh jurulatih kembara sebelum
aktiviti kembara bermula. Pelajar
mendengar
dengan kusyuk sebab setiap maklumat dan
arahan perlu dipatuhi agar
tidak berlaku
sesuatu yang tidak diingini

Merentas hutan dan belukar sambil mencari
harta tersembunyi disepanjang
perjalanan.
Aktiviti begini memerlukan strategi dan
kerjasama kumpulan yang
sangat tinggi.
Hanya mereka yang terbaik sahaja
memenangi acara ini.

Wahhhh.... hebat adik kita ini. Aktiviti dipetang
hari membawa kenangan manis
dan pengalaman
baru kepada mereka di MAP Kembara. Tumbuk dik..tumbukkk asal
jangan patah gigi..

Makkkk...tolongggg!! Beginilah seronoknya main
'flying fox" jangan ada yang
jatuh dah..

Aktiviti berkumpulan dalam suasana yang tenang
dan damai. Hmmm... kalau
beginilah keadaannya
setiap hari, pasti adik-adik kita mendapat markah
yang
tinggi nanti.

Penat berkembara pelajar mandi-manda si Sungai
Ulu Kenas. Sejuk dan segar
airnya dan cetek pula.
Kalau mak bapak datang sini mereka pasti terjun
sekali....

Para pelajar perempuan bergambar
bersama-
sama untuk diabadikan sebagai satu
memori

Eh..ehh...pelajar lelaki pun tak nak lepaskan
peluang sebegini. Hmm...oklah
pastikan jangan
kita asyik berkembara tetapi tidak mempelajari
apa-apa dari
pengisian dan aktiviti
yang telah diaturkan.
|
|

MAP Kembara adalah program tahunan yang dijalankan oleh
pihak MAP Training kepada para pelajar yang telah menghadiri kursus Motivasi
Alihan Pelajar.
Bilangan peserta dihadkan kepada 150 pelajar sahaja. Kursus
ini terbuka kepada para pelajar yang telah terlebih dahulu menghadiri kursus
Motivasi Alihan Pelajar selama dua hari.

Program MAP Kembara dijalankan sebagai susulan
kepada para pelajar yang sebelum ini telah bersama kami dalam kursus Motivasi
Alihan Pelajar.
Objektif utama program ini ialah untuk:
- Membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri
pelajar.
- Meneguhkan benteng diri agar pelajar tidak
mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang kian menular dalam masyarakat.
- Meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islam.
- Melahirkan generasi melayu Islam yang
cemerlang, berdisiplin dan berkomitmen tinggi.
- Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran
terbuka.
.

- Melahirkan pelajar yang mempunyai benteng diri yang
kuat.
- Menggilap ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar.
- Membentuk semangat kerjasama dan semangat
berpasukan.
- Membolehkan pelajar memahami kekuatan dan kehebatan diri
untuk dimunafaatkan dalam kehidupan seharian.
- Membimbing pelajar menghayati erti Iman. Islam dan
Ihsan.
- Membolehkan pelajar memotivasikan diri mereka sendiri dari
semasa ke semasa.

Kursus MAP Kembara ini terbuka kepada para pelajar di darjah 6
hingga ke tingkatan 5. Syarat untuk meyertai MAP Kembara ialah pelajar mestilah
terlebih dahulu mendaftar untuk menyertai kursus Motivasi Alihan Pelajar.

RM400/- termasuk:
- Makan minum
- Penginapan
- Kos penceramah
- Pengangkutan (dari Ipoh ke lokasi kembara)
- T-shirt MAP Kembara
- Nota dan bahan kursus

Kursus ini dijalankan selama 4 hari 3 malam di lokasi-lokasi
terpilih. Pada tahun 1997 kursus MAP Kembara telah diadakan di Ulu Kenas, Kuala
Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
Tahun ini para pelajar akan dibawa berkembara di Sik Sekebun
Bunga, Sik, Kedah Darul Aman. Dr. Tengku Asmadi akan bersama-sama peserta
bermula hari pertama sehingga tamat kursus.
Malah segala modul ceramah motivasi dikendalikan sendiri
oleh beliau.

- Ceramah motivasi dan pembentukan sahsiah diri.
- Pengisian agama dan qiamullail.
- Aktiviti lasak, rekreasi dan kembara.
 Maklumat lanjut tentang
kursus bolehlah didapati dengan menghubungi alamat dan talian dibawah:
Ibu pejabat Ipoh:
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
172 A & B Jalan Gopeng
31350 Ipoh, Perak D. Ridzuan
Tel. : 05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3101111
Cawangan Kuala Lumpur:
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
Tingkat bawah Wisma Belia
No. 40 Jalan Syed Putra
54600 Kuala Lumpur.
Tel. : 03 - 2734622, 2730622
Fax : 03 - 2730622
|