|
Motivasi
Alihan Pelajar
Motivasi Alihan Pelajar diadakan kepada para pelajar sekolah
rendah dan menengah bagi membolehkan mereka mencapai kecemerlangan akademik yang
tinggi. Program selama dua hari ini diadakan dalam dewan tertutup bermula jam
8.30 pagi dan tamat pada 7.00 petang.
Tujuan utamanya adalah untuk membentuk sikap pelajar dan
mengubah cara fikir mereka. Kami yakin dalam memburu kejayaan
SIKAP adalah lebih penting dari IQ yang tinggi. Walaupun
sesorang pelajar itu bijak tapi malas, dia tetap tidak akan cemerlang dalam
pelajarannya dan kursus MAP mampu untuk membantu.
Di samping itu, pelajar juga akan diajarkan pelbagai
kemahiran belajar serta Strategi Pembelajaran Aktif iaitu satu
strategi yang menepati kehendak peperiksaan. Setelah menggunakan strategi ini
serta berbekalkan kemahuan dan semangat juang yang tinggi pelajar pasti mencapai
lonjakan markah dalam ujian dan peperiksaannya nanti.
Kami juga
menyediakan siri Bengkel Susulan
Pembelajaran bagi membantu
pelajar-pelajar yang masih memerlukan
bimbingan secara berterusan.
|