|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Objektif
| Faedah
|
Peringkat
umur | Pelaburan
anda | Tempoh
kursus |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) menggemparkan kerana telah berjaya membentuk minda pelajar yang progresif. Kalau kami tidak membawa sesuatu yang baru kami tidak sanggup menghebahkannya dalam hampir semua saluran komunikasi yang ada seperti radio, TV, akhbar, majalah dan internet. Sehingga kini hampir 50,000 pelajar telah menyertai kursus ini. Pelbagai kejutan sama ada dalam pencapaian akademik atau perubahan sikap serta tingkahlaku positif yang telah kami rekodkan. Sekiranya MAP dapat diperkenalkan kepada semua pelajar maka impian Wawasan 2020 akan dapat dicapai dengan penuh kepastian. Pelajar yang mengikuti kursus ini telah membuat pelbagai kejutan dalam pencapaian akademik mereka. Dalam memburu kejayaan SIKAP adalah lebih penting daripada IQ semata-mata. Kursus MAP bertujuan untuk membangkitkan kemahuan belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri dan mengasah kemahiran belajar yang tinggi. Anak anda malas belajar? Kami tahu cara mengatasinya. Jangan salahkan mereka semata-mata. Mungkin mereka belum dibimbing dengan sempurna. Kenapa tidak masukkan mereka ke kursus kami dan anda lihat sendiri perbezaannya nanti. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Kursus Motivasi Alihan Pelajar ini diperkenalkan bagi mencapai beberapa objektif utama:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Kursus MAP ini terbuka kepada para pelajar di darjah 6 hingga ke tingkatan 5. Walaupun demikian ada ketikanya MAP khusus untuk pelajar sekolah rendah sahaja juga dijalankan dari semasa ke semasa. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Anak anda boleh menyertai kursus Motivasi Alihan Pelajar ini dengan pelaburan hanya RM300/- untuk setiap pelajar (RM250/- untuk program di Ipoh, Perak). Pelaburan ini termasuk:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Kursus ini dijalankan selama dua hari. Biasanya dijalankan pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu pendaftaran bermula jam 8.00 pagi dan kursus tamat pada pukul 7.00 petang. Pada hari kedua pula kursus akan bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Selepas itu majlis penutup dan penyampaian sijil yang dihadiri oleh ibu bapa bermula dan tamap pada jam 7.00 petang. Ibu bapa DIMESTIKAN hadir di majlis penutup ini untuk mendapat tip-tip keibubapaan dan amanat dari Dr. Tengku Asmadi. Nota: Waktu tamat kursus mungkin ada ketikanya terlewat sedikit bergantung kepada keadaan dan penerimaan peserta sepanjang kursus. Kod Berpakaian: Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas. Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan. Barang Keperluan: Untuk tujuan kursus, pelajar hanya perlu membawa alat tulis dan buku nota. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang (untuk perempuan) bagi tujuan solat. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Kursus Motivasi Alihan Pelajar kini diadakan hampir di seluruh negara iaitu Alor Setar, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Sila semak laman utama untuk mengetahui tentang tarikh kursus yang terkini serta lokasi. Di Ipoh kursus diadakan di Dewan Seminar Al-Hidayah di pejabat kami iaitu No. 55 - 57 Hala Rapat Baru 27, Medan Lapangan Mulia, 31350 Ipoh, Perak. Di Kuala Lumpur pula kami meyewa Dewan Angsana di Wisma Belia (Kompleks MAYC), Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur. Kami tidak menyediakan tempat untuk bermalam. Ibu bapa perlu mengatur sendiri urusan bermalam anak-anak mereka. Untuk Kuala Lumpur, Wisma Belia menyediakan penginapan pada kadar yang murah. Hotel yang berdekatan pula ialah Ritz Garden dan Cititel, Mid Valley Megamall. Untuk Ipoh, Hotel yang berdekatan pula ialah Hill City. Sila telefon pejabat MAP Ipoh untuk maklumat lanjut. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Maklumat lanjut tentang
kursus bolehlah didapati dengan menghubungi alamat dan talian dibawah:
Ibu pejabat Ipoh: Cawangan Kuala Lumpur: |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||