|
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Terlebih dahulu izinkan saya
mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda kepada
Laman-MAP. Laman ini telah diinspirasikan untuk anak
bangsa dan agama agar lebih ramai yang menyedari akan hakikat
sebenar sebuah kejayaan.
Pepatah
cina ada mengatakan bahawa perjalanan seribu batu bermula
dengan langkah yang pertama. Sejauh mana pula kita orang
Islam berpegang kepada kata-kata ini? Apa yang saya
perhatikan begitu ramai yang mahu memulakan langkah pertama
tetapi hanya segelintir sahaja yang gigih menamatkannya.
Mencetuskan ide memang mudah. Memulakan langkah juga
mudah. Tetapi mengakhiri apa yang telah dimulakan itulah
yang susah. Segala-galanya terletak pada sikap
kita. Dengan sikap ada yang berjaya dan kaya raya.
Kerana sikap juga ada yang terhina dan papa. Kenapa
mesti adanya perbezaan antara manusia dengan manusia,
sedangkan sewaktu lahirnya dahulu, kita semuanya serupa.
Kita, sebenarnya, telah dicorakkan oleh persekitaran dan
pengalaman masing-masing, dan tidak ada sebab kenapa kita
tidak mampu mencorakkannya semula.
Mereka yang
berjaya adalah manusia yang tahu prinsip kecemerlangan dan
meletakkan komitmen yang tinggi dalam mengamalkan prinsip
kecemerlangan ini. Tidak ada sesuatu pun yang tidak
boleh dicapai oleh seorang manusia, apatah lagi sekiranya
sebelum ini ada yang mencapainya. Kalau orang lain boleh
kita juga BOLEH! Kalau bangsa lain mampu bangsa kita juga
mampu. Prinsip kecemerlangan inilah yang mahu saya
kongsikan di Laman-MAP dan didalam kursus-kursus motivasi yang
saya anjurkan. Kalau anda berpuashati dengan kandungan
laman ini, pastinya anda akan lebih berpuashati apabila
bersama saya.
Akhir
sekali, saya begitu berharap agar pertemuan kita bukan sekadar
di alam maya. Saya berkeyakinan penuh suatu hari nanti
kita akhirnya ditemukan juga di alam nyata. Semoga kita
bertemu di puncak kecemerlangan..
Sekian.
Salam silaturahim dari saya,

Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Ph.D (Australia), B. Eng. (USM)
MANAGING DIRECTOR
Founder of MAP Training
|