|
Saya telah dilahirkan pada June 1964 di Kampung
Seberang Takir, Kuala Terengganu. Meskipun saya berdarah
raja tidak semestinya saya dulunya hidup dalam serba serbi
kemewahan. Hakikatnya pengalaman hidup silamlah yang
banyak mengajar saya erti kehidupan.
Ayah kandung saya telah meninggalkan kami sekeluarga tanpa
memberikan sebarang nafkah. Malah tanpa mengutus sebarang
khabar berita. Ibu saya hidup digantung tidak
bertali. Ketika itu usia saya 7 tahun. Saya bukan
memperkatakan tentang zaman Jepun, tetapi ini adalah zaman Tun
Razak dan zaman Dr. Mahathir. Saya masih teringat
bagaimana ke sekolah hanya dengan duit 10 sen. Ibu
membelikan kasut sekolah plastik kerana senang sekiranya kotor
hanya perlu dicuci dan terus dilap dengan kain. Berjalan
kaki ke sekolah setiap hari dengan kasut plastik telah
membuatkan tapak kaki saya ketika itu pecah-pecah. Setiap
garis tapak kaki saya merekah dan berdarah. Hanya tuhan
sahaja yang tahu bagaimana sakitnya ketika itu.
Rumah kami ketika itu hanya sebesar dapur sahaja. Di
situ tidur, makan dan segala-galanya. Walaupun jiran
sekeliling telah berlampu terang kami masih lagi berpelita
ayam. Ada ketikanya saya rasakan seolah-olah hidup ini
tidak adil. Sering juga saya tertanya-tanya apa salahnya
kami sekeluarga hingga terbiar dan dipandang hida oleh
masyarakat dan saudara mara. Ibu berulang-ulang kali
berpesan agar saya belajar bersungguh-sungguh sebab katanya
itulah satu-satunya jalan keluar yang ada.
Hampir setiap malam saya terdengar tangisan ibu yang
terisak-isak berdoa kepada tuhan. Suara isakan itu
memberikan saya kekuatan untuk melakukan apa sahaja bagi
memastikan masa depan yang cemerlang. Sepanjang zaman
persekolahan saya belajar tanpa tuisyen dan bimbingan lain
kecuali guru-guru di sekolah. Malah ramai juga antara guru
yang merasakan orang miskin seperti saya tidak punya masa
depan. Segala cacian, kejian dan herdikan saya anggap
hanya sebagai cabaran. Saya tetap katakan dalam hati,
"akan aku buktikan bahawa aku sememangnya mampu
berjaya".
Selepas SPM, saya mula menanti peluang untuk melanjutkan
pelajaran. Agak panik juga ketika itu apabila ramai rakan
yang mendapat tawaran temuduga sedangkan saya tidak mendapat
apa-apa. Tidak lama kemudian ada diantara mereka telah
mendapat tawaran ke universiti sedangkan saya tetap hampa.
Dengan perasaan hampa saya meneruskan pelajaran ke tingkatan 6
tetapi hanya sekadar seminggu sahaja lepas itu saya ponteng
kerana tidak tahan di 'ragging' oleh senior. Dalam masa
inilah saya menerima sepucuk surat yang sangat-sangat bermakna
iaitu tawaran untuk ke matrikulasi USM.
Sebak dan berderai airmata kami sekeluarga atas tawaran
tersebut. Saya difahamkan yang saya ditawarkan mengikut
kuota anak melayu luar bandar. Tanpa kuota sebegini saya
mungkin tidak ke universiti. Tetapi itu semua tidak
melemahkan semangat saya. Walaupun ketika itu terpaksa
bersaing dengan ramai pelajar dari latar belakang yang jauh
lebih baik saya tetap mahu buktikan yang saya BOLEH!
BOLEHH! BOLEHH! berjaya. Saya memberikan sepenuh
perhatian diperingkat universiti hingga ada pensyarah yang
melabel saya sebagai 'Bunga Kembang Lewat'. Iaitu potensi
saya lambat terserlah. Sebenarnya bukannya lambat tetapi
tekanan hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan adalah
faktor segala-galanya.
Di universiti saya adalah antara pelajar yang mendapat markah
tinggi. Kecemerlangan dan kesungguhan saya telah
membolehkan saya terpilih untuk belajar ke peringkat yang lebih
tinggi. Setelah menamatkan pengajian dalam bidang
Kejuruteraan Sumber Mineral, saya bekerja di SEDC
Terengganu. Dalam tempoh bekerja itu USM menawarkan saya
untuk melanjutkan pelajaran ke University Of Queensland,
Brisbane, Australia di bawah tajaan IDP. Hampir lima tahun
saha menghabiskan masa di sana sebelum dianugerahkan Ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D) pada tahun 1994.
Sebelum ke Australia saya telah mengahwini isteri saya
sekarang iaitu Nor Sarina Zakaria dan telah dikurniakan dua
orang cahaya mata di sana. Kehadiran mereka memberikan
saya semangat untuk belajar dan menenangkan fikiran ketika
tertekan dengan penyelidikan.
|
|
Dr. Tengku Asmadi was born on 23rd
June 1964 at Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu, Malaysia.
He is the eldest in his family and has two brothers.
At the age of seven, his father left his family without
any reason and provided them with no support at all either
financially or emotionally.
Being raised in a poor family was not easy. During this younger age he went through trials and
tribulations but all these circumstances had their merits.
He became a strong-minded, well-adjusted and a more
practical type of person. In
his early childhood he went to a primary school which was
located about a kilometre away from his home.
After that he continued his schooling in a secondary
education at Sekolah Ibrahim Fikri, Terengganu.
In 1982, he was admitted to a matriculation
programme (pre-university) at the University of Science Malaysia
(USM), for two years, before being accepted to degree level.
He did his degree in Mineral Resources Engineering at the
same university and graduated in 1988.
After finishing his study, he worked as a Trainee
Engineer at Terengganu’s State Economic Development
Corporation (SEDC) for six months.
Because of his excellent academic
achievements, Dr. Tengku Asmadi was offered the opportunity to
pursue his education to a higher degree, under a ‘New Lecturer
Fellowship Scheme’ introduced by USM.
He accepted the offer and went abroad to do a ‘Master
Qualifying Programme’ at The University of Queensland,
Brisbane, Australia. After
a year of struggling, he finally qualified and then enrolled for
a master’s degree. His
good academic results, dedication and dicipline enabled his
research studies to be upgraded to a Doctor of Philosophy
programme without first completing the master level. In 1994, at the age of 29, he was awarded a Ph.D by the same
university. He had
been studying in Autralia for nearly five years before he
decided to leave because his student’s visa had expired.
During his study, he was sponsored by IDP (International
Development Programmes of Australian Universities and Colleges).
From 1994, Dr. Tengku Asmadi lectured at
the University of Science Malaysia, for two years, then he
decided to resign and set up his own business.
His deep interest in motivation and pshycology encouraged
him to do a lot of research and reading about the subject.
He has attended a number of courses including a ‘NLP
Train A Motivator’ seminar.
NLP which stand for Neuro Linguistic Programming is one
of the well-known international bodies in the field of human
excellence. He
realised that most people failed to achieve their best simply
because they did not expose themselves to the aptly called
Success Principles. These are principles used by people who have became
successful in their lives finally becaming great leaders or
great achievers. As
a result, Dr. Tengku Asmadi has outlined his own training
modules which help people to understand the underlying
principles of success.
In 1997, he founded the MAP Training and
Consultancy Sdn. Bhd. Until
today, more than 500 motivational courses have been successfully
conducted for students, parents, teachers, young entrepreneurs
and workers. To
date, more than 30,000 people have attended the courses
organised by his company. He
has appeared several times on Malaysian television, TV1,
as a guest speaker under ‘Jendela Pagi’ and ‘Suluh
Bestari’ programmes. He
has also been invited many times as a guest speaker on Radio 1,
Radio Malaysia Kuala Lumpur and Radio Malaysia Negeri Perak.
Among the organisations that have used his services are:
-
RTM – Radio and Television Malaysia
-
SIRIM - Ibu pejabat Shah Alam
-
JPJ Negeri Perak
-
Lembaga Lebuhraya Malaysia
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
-
IKBN – Institut Keusahawanan Belia Negara
-
Felda
-
Risda
-
Kemas
-
LHDN
– Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak
-
Bank
Pertanian Malaysia
-
PGA
Ulu Kinta, Perak.
-
Schools,
colleges and universities.
-
Others.
Talks given by
him cover the following topics:
-
Study skills.
-
Self motivation for students, teachers,
parents, entrepreneurs and organisations.
-
Parenting skills.
-
Drug addicts rehabilitation programme.
-
Leaderships and persuasive skills training.
-
Others.
He is now the managing director of the MAP
Training and Consultancy Sdn. Bhd.
|