MAKLUMAT KORPORAT
|
||||||||||||||||||||||||||||
MAP Training And Consultancy Sdn. Bhd. telah didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 dengan no. pendaftarannya 449286A. Ia telah ditubuhkan pada 8 Oktober 1997 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Sebelum ini aktiviti-aktiviti MAP telah digerakkan melalui syarikat Hurin Enterprises sejak tahun 1996 lagi. Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak syarikat yang diketuai oleh pengasasnya (founder) iaitu Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Sejak penubuhannya, pelbagai kursus telah dimulakan dan diperkenalkan kepada umum. MAP Training wujud tepat pada waktunya ketika pelbagai masalah sosial perlu ditangani secara bijak dan pendekatan berhikmah. Kami yakin sekiranya anda cintakan kecemerlangan maka MAP Training sememangnya untuk anda. Aktiviti utama MAP Training lebih tertumpu kepada menjalankan kursus motivasi kepada para pelajar. Disamping itu kami juga menjalankan kursus-kursus yang lain kepada ibu bapa dan usahawan. Selaras dengan moto syarikat iaitu Pemangkin Kecemerlangan Minda maka fokus kami ialah membantu anda menggunakan kekuatan dan kehebatan diri ke arah kecemerlangan hidup. Kami mahu menggilap potensi yang sedia ada pada setiap individu dan mendorong mereka menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
|
||||||||||||||||||||||||||||
MAP Training diasaskan oleh Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad serta dibantu oleh Pengarah Operasi serta beberapa kakitangan MAP yang lain. Mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam memastikan halatuju MAP Training menjadi kenyataan.
Gambar bangunan Wisma Dr. Tengku Asmadi di Ipoh, Perak.
Gambar kakitangan MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.
|
||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||
IBU PEJABAT DI PERAK MAP
Training and Consultancy Sdn. Bhd.
CAWANGAN KUALA LUMPUR MAP
Training and Consultancy Sdn. Bhd.
|
||||||||||||||||||||||||||||
Hakcipta terpelihara © Tahun
1998 - 2008
MAP Training and Consultancy Sdn.
Bhd.
Tel: 05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3133409
e-mel : webmaster@maptraining.com.my